LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, kursus Latihan Industri diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus Latihan Industri yang ditawarkan kepada pelajar semester akhir (semester 6) peringkat Diploma memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Terdapat 2 sesi latihan industri yang akan dijalankan setiap tahun iaitu sesi Jun dan sesi Disember. Latihan industri ini penting untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif profesional dan pelaporan. Melalui latihan industri ini juga akan dapat membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. |
||