KEBAJIKAN

Pengurusan kebajikan pelajar adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Hal-Ehwal Pelajar (HEP) di bawah unit Kebajikan dan Disiplin pelajar Politeknik Bagan Datuk. Tugasan ini meliputi perkara seperti berikut:

  • Menguruskan permohonan biasiswa/ tajaan dan pinjaman seperti PTPTN/ JPA/ Yayasan Negeri.
  • Menguruskan Surat Jaminan Tanggungan Bayaran Rawatan Pelajar di Hospital Kerajaan/ Hospital Universiti (Guarantee Letter) serta pembayaran bil hospital dan tuntutan caj rawatan pelajar.
  • Menyediakan Surat Pengesahan Tajaan Pelajar.
  • Menguruskan Bantuan Kewangan Pelajar termasuk wang sara diri dan tuntutan yuran Pelajar Kelainan Upaya (OKU).
  • Menguruskan caruman dan tuntutan insuran berkelompok pelajar Pra Siswazah Tempatan.
  • Menguruskan Skim Khairat Kematian dan Kemalangan Pelajar/ Ibu/ Bapa/ Suami/ Isteri/ Anak.
  • Bantuan Musibah (Bencana Alam/ Kecurian/ Kebakaran).
  • Program Food Bank Siswa.