PENGENALAN PENYELIDIKAN
Unit Penyelidikan dan Inovasi PBD merupakan satu unit yang ditubuhkan untuk melestari ekosistem penyelidikan dan inovasi di PBD.
FUNGSI
Fungsi Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan:
- Pusat perancangan dan pengelolaan aktiviti penyelidikan dan inovasi di politeknik.
- Pusat rujukan berkaitan dasar, strategi dan pelaksanaan aktiviti penyelidikan dan inovasi di politeknik.
- Pusat penganjuran aktiviti ilmiah seperti bengkel, wacana, seminar atau persidangan berkaitan Unit Penyelidikan, Inovasi & Pengkomersialan politeknik.
- Pusat penyelarasan pelaksanaan pertandingan projek akhir pelajar di politeknik.
- Pusat pengurusan pemilikan IP dan pengkomersialan produk inovasi politeknik.
- Membantu pensyarah dalam pengurusan penerbitan ilmiah.
- Membantu penyelarasan pelaksanaan geran dan projek di politeknik.