PEPERIKSAAN

Unit Penilaian dan Peperiksaan bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berkaitan peperiksaan akhir semester di Politeknik Bagan Datuk.

Jawatankuasa Peperiksaan Politeknik Bagan Datuk (PBD) bertanggungjawab terhadap segala aktiviti berhubung peperiksaan akhir di politeknik mengikut peruntukan dan garis panduan seperti yang terkandung di dalam  Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Jawatankuasa Peperiksaan PBD terdiri daripada Pengarah (Pengerusi), Timbalan Pengarah, Ketua Unit Penilaian dan Peperiksaan, Ketua-ketua Jabatan Akademik dan  Sokongan serta pegawai yang dilantik oleh Pengarah.