PROGRAM CSR POLITEKNIK BAGAN DATUK : TRASH HERO DENGAN KERJASAMA PEJABAT AGAMA ISLAM DAN MAJLIS BELIA DAERAH BAGAN DATUK
 
Program CSR ini memfokuskan kepada kesedaran kepada golongan belia tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Program ini disertai oleh pelajar Politeknik Bagan Datuk dan Kolej Komuniti Bagan Datuk bersama beberapa belia dari NGO Daerah Bagan Datuk yang bersama-sama bekerjasama membersihkan kawasan Jeti Waterfront Bagan Datuk
Turut serta bersama di dalam program ini adalah Timbalan Pengarah , Ts Dr Hj Zunuwanas Bin Mohamad
Kolaborasi antara Politeknik dan majlis belia dilihat mampu memberi impak yang positif terutama kepada pembangunan sahsiah diri pelajar khususnya. Pelbagai program akan dirancang demi memastikan khidmat kepada masyarakat akan tetap diteruskan.
 
 
We ❤️ PBD